CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label Our Precious: A JOURNEY THROUGH PREGNANCY. Show all posts
Showing posts with label Our Precious: A JOURNEY THROUGH PREGNANCY. Show all posts

Monday, 9 January 2012

Info : Kemuliaan Ibu Mengandung Dalam Islam

1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.

3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.

4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. ...

5. Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.

7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat

Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hambaNYA. Firman ALLAH s.w.t. : ” Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.? ” (Al-Quran Surah At-Taghabun, 64 : 15)
Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.
Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda :
“Tahukah engkau siapakah orang yang mandul.? Berkata para sahabat : Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak. Lalu Rasulullah SAW berkata Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia.

32 weeks (4D time..)

Minggu ni adalah minggu ke 32 aku mengandungkan my hero...
Semoga diberikan kesihatan yg baik Amin.

Pada 8.01.2012 aku scanning 4d di Klinik Jameliaton di Seri kembangan..
ramai plak org buat appoitment hr tu..
tp xpe la aku tggu kan juga..hahaha

aku tertidur kat pangku Mr Hubs sbb tggu giliran lama sgt..
hehehe..(ska nak bermanja)

Puan Nazrah!! Puan Nazrah!!
nama aku di panggil...Alhamdullilah...

aku masuk la n doc srh baring n letak jeli yg agak byk di tummy ku
muncit ni...sejuk geli geliman je..hehehe..


Anak mummy...Ya Allah comelnya tgh menguap..
"ha..tu dia baby u asyik menguap jew.." doctor tu ckp..
pastu asyik mengusal2 mata dia..
sbb tidur di kacau..Sorry syg..mummy n papa just nak taw
perkembangan anakku ni..

Sungguh comel tetapi Doctor tu hampa sedikit sbb xdpt nak ambik gambar yg perfect
utk baby kami..Disebabkan, baby kami terlalu dekat dgn uri n dinding rahim so gambar 4d 
xberapa nak clear..
nampak sedikit je la..

Tp kami berpuas hati dpt tgk our baby menguap,mengesal mata sgguh comel..
"Pn Nazrah, ur baby xnak bergerak wpun i da tekan2 ur tummy...dia pemalu
nak show muka dia..tangan dia pun 2-2 letak kat muka..
i xdpt nak bg perfect picture of ur baby for both of u..
but i still get few pic..but not too clear..
U can come 1 or 2 weeks or tggu baby u labour jew lah..bukannya lama lg hehe"
Masih lg aku ingat kata2 doc tu..

xpela Mummy tunggu baby labour yer...
InsyaAllah dipanjangkan umur kita akan
bersua muka juga nanti anakku syg..
Amin Ya Rabbal Alamin..

ni je yg dpt aku show kan...

agak2 muka sapalah yer...x sure sbb x clear sgt..tp alhamdullilah 
dpt gak mummy tgk muka my hero ni ckit2...

Jgn nakal2 yer syg...Mummy tgh menghitung minggu ke minggu
hari kehari utk menunggu saat tibanya my hero ke dunia ini..
Semoga Allah permudahkan segala perjalanan kita ye nak...

Mummy n papa x sabar nak ciom  kamu..
I love u baby anakku..
Muuuuuaahhhh.. 

Tuesday, 3 January 2012

31 weeks di tahun baru 2012

Firstly nak gtaw selamat menyambut tahun baru 2012..
wahhh...Alhamdullilah kerana masih bernyawa hingga ke tahun ni..
Ya Allah kau murahkan rezeki kami...Amin..
semoga tahun ini lebih berezeki dan bermakna..
mmg bermakna pun thn ni sbb baby coming soon!!
doakan semuanya selamat...
Amin....

hari ni da msk 31 minggu...uisshh ada tggal 9 mggu je lagi....
klu diikutkan due date..klu 9 minggu tu pejam celik pejam celik..
tup tup...weeekkkkk dah beranak da...
Ya Allah! Kau permudahkan lah segalanya...
Amin Amin...


baby dalam perut mummy ni asyik bergerak yer...
aktif baby mummy...
Mr.Hubs selalu rasa pergerakan baby kami..
suka tgk bla Mr.Hubs happy...
biasala kan..first baby...lain je rasa exited nyeerr...


Anak ibu,
bila anak ibu lahir nnt...
Semoga kamu menjadi seorang anak yang soleh/solehah
Menjalani perintah Allah S.W.T
Menghormati ibu bapa
Seorang anak yang baik
Belajar dgn pandai yer..

Ibu doakan yg terbaik hanya untuk anak ibu...

Ya Allah,
peliharah anakku selama dalam kandunganku & sembuhkan lah dia
tiada sembuhan melainkan penawarmu..
Jadikanlah anakku sihat sempurna..

Amin Ya Rabbal Alamin..





Tuesday, 22 November 2011

25 weeks of preggy

Pada hari Ahad lepas 20.11.2011 aku dgn Mr.Hubs pg scanning utk 4D and detail skali..
asyikje aku ckp ngn baby mummy ni nak tgk gender..harap2 nampak..
Kali ni da masuk berapa kali da scanning still x nampak..
Harap kali ni nampak..
Sblom nama aku di panggil aku n Mr Hubs
bet la baby girl or boy..
Bla scanning detail doc tu guna 2D jew dulu utk
memastikan kedudukan my baby..
dan setiap inci tubuh my baby  Doc tu xplore
Alhamdullilah apa yg di lihat dan pada my baby
semuanya normal...
Tapi apa2 pun aku masih berdoa kpd Allah untuk
kesihatan my baby..
Semuanya bergantung pada Allah S.W.T


Setelah abis scanning Doc ckp
Oh God...mmg obviously nampak la ur baby gender..
he's a baby boy!!
Aku tersenyum kegembiraan...
Mr Hubs yg menemani aku terpancar keseronokan kat muka dia..
aku btol2 happy...ni adalah semua Rahmat
dr Allah Taala..
Tp Doc x bagi dulu scanning 4D sbb
kedudukan my baby still meniarap lagi..
yg nampak hanya tulang belakangnya..
Baby..mummy nak tgk ur face...
comel mcm mummy x?
hehehehe

Doc bg 2-3 weeks lagi utk scanning 4D
utk mendapat gambar yg cantik..
So genap baby ku berusia 30 minggu aku akan
scanning utk 4D plak..

Alhamdullilah Ya Allah kerana telah memberi aku
detik2 yang bahagia bla aku dpt merasakan tiap gerakan 
 menyuntik rasa bahagia, bak belaian lembut mengusik jiwa..

Duhai anakanda tercinta, makin hampir saat kita bsua muka...
Betapa teruja & tidak sabarnya hati menanti saat itu...

Kalau ikut kiraan due date tinggal 15 minggu saja lagi
 Ya Allah semoga semua urusanku dipermudahkan.. Moga2 tiada apa yang buruk yang berlaku.. Perkenankanlah doa hambu Mu ini Ya Allah..
Kepada blogger2 & kwn2 yg lain , doakan kesejahteraan saya ..AMIN
Doa memohon zuriat yang baik @ surah al-Imran ayat 38


[38] Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:” Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan”.




Monday, 31 October 2011

22 weeks..of preggy...

baby 22 minggu
Berat bayi sekarang hampir satu paun / 430 gram, dan dia berukuran hampir 11 inci / lebih sedikit dari 27 sentimeter dari mercu kepala ke tumit, dan sudah terbentuk seperti bayi baru lahir, tetapi kurus, sebab lemak bayinya belum datang lagi. Walaupun beratnya semakin meningkat setiap hari, kulitnya masih kelihatan berkedut-kedut dan dia masih perlu menambahkan berat badannya. Bibir sudah jelas kelihatan dan mata telah terbentuk, walaupun iris (bahagian mata yang berwarna) masih kurang gelap. Pankreas, yang sangat perlu bagi pengeluaran hormon, sedang berkembang dengan baik.

Pada peringkat yang seawal inipun, tanda-tanda pertama gigi telah tumbuh dalam bentuk kudup-kudup di belakang garisan gusi. Tak lama nanti, bayi anda akan lahir, dan tak lama selepas itu, gigi pertama akan muncul.

Anda mungkin telah bertambah berat badan antara 12 hingga 15 paun / 5.4 dan 6.8 kilogram. Bermula dari sekarang, anda akan menambahkan berat badan secara konsisten, dengan purata lebih kurang setengah paun / 225 gram setiap minggu. Anda mungkin mengidamkan makanan tertentu dan anda mungkin menyedari yang lelehan vagina anda berlebihan (tapi tidak berdarah). Kedua ini adalah perkara normal dalam kehamilan.

Sunday, 30 October 2011

21 weeks preggy...trimester ke 2....semakin betambah tembam..


Berat bayi sekarang sekitar tiga-suku paun / 360 gram. Selama ini dia diukur dari mercu kepala hingga ke punggung tetapi mula dari masa ini dia akan diukur dari mercu kepala ke tumit. Dan dari mercu kepala ke tumit panjangnya ialah 10.5 inci / 27 sentimeter. Bulu kening dan kelopak mata telah tumbuh sepenuhnya dan kuku jari tangan sudah menutupi hujung jari.
Bayi anda sekarang boleh mendengar perbualan-perbualan anda. Jika anda bercakap, membaca atau menyanyi kepada bayi anda, dia pasti boleh mendengarnya. Beberapa kajian mendapati bahawa bayi baru lahir akan menghisap dengan lebih kuat apabila anda membacakan buku yang dia pernah dengar semasa dalam kandungan. Jika anda mahu mencuba, ambillah buku dan bacalah dengan kuat. Cuma pastikan yang anda tidak akan keberatan membacanya berulang-kali apabila bayi telah lahir. Ia mungkin akan menjadi cerita sebelum tidur yang paling disukai bayi anda untuk masa yang lama selepas dia dilahirkan.
Hari-hari kebelakangan ini, anda mungkin merasa lebih selesa. Ini sebenarnya, mungkin masa yang paling menyeronokkan dalam tempoh kehamilan anda. Anda belum begitu besar lagi, dan sakit-sakit yang dikaitkan dengan kehamilan seperti mual, kencing kerap dan keletihan sudah hampir hilang sama sekali. Relakslah dan nikmatinya selagi anda boleh. Trimester ketiga akan tiba tak lama lagi dan ia akan membawa sedikit ketidakselesaan kerana anda mengandung bayi yang sudah hampir cukup bulan.

nilah dia rupa nya 21 weeks....hehehe (^_^)


ni dr side tepi plak...

agak2 la korang....  my baby boy or girl?? sbb nya dah 2X scan my baby menyembunyikan gender dia..pandainya anak mummy ni kan...semalam scan dgn Mr. Hubs my baby menongeng at my tummy yg muncit ni..yg nampak hanyalah tulang belakang my baby je...aduyai...Doc kata ssh nak tgk gender klu baby dalam position meniarap...hahaha...baby mummy yg bijak!!!
p/s: sorry kualiti camera x berapa nak bagus tggu Mr Hubs beli canon or DSLR..hehehe

beautiful journey of pregnancy

Lilypie Pregnancy tickers

perkahwinanku,,,,,

Daisypath Anniversary tickers