CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, 31 October 2011

Upacara Perkahwinan di Sarawak..

Majlis Perkahwinan/PersandinganPada waktu malam hari, iaitu sehari sebelum berlangsungnya majlis persandingan, upacara menepung tawar (berlulut) pengantin diadakan. Upacara berlulut ini juga adakalanya akan diikuti dengan upacara berpacar (berinai). Acara ini dimeriahkan lagi dengan acara pencak silat, gendang Melayu dan andai-andai atau tandak. Pengantin juga akan dimandikan oleh mak andam dalam acara mandi perantan yang diakhiri dengan berwudhu’.
Sebelum majlis persandingan diadakan, pengantin perempuan akan didandan dan dihias oleh mak andam yang dipilih untuk kelihatan cantik dan berseri. Pengantin dilarang melihat cermin semasa sedang diandam kerana dikhuatiri akan hilang seri pengantin. Antara pakaian persandingan pengantin perempuan yang biasanya dipakai adalah kebaya songket, gaun pengantin yang diperbuat daripada kain sutera bertekat benang emas dan Gajah Holen iaitu pakaian tradisional Melayu Sarawak. Pengantin lelaki pula biasanya akan mengenakan persalinan seperti seorang pahlawan atau pakaian haji (jubah putih atau hitam dan serban).
Sebelum rombongan lelaki berarak ke rumah pengantin perempuan, pihak pengantin perempuan akan menghantar tikar mengkuang (tikar ngambik pengantin) yang dibalut dengan tudung keringkam yang disulam dengan benang emas ke rumah pengantin lelaki. Penghantaran tikar mengkuang ini menandakan bahawa pihak perempuan sudah bersedia menerima kedatangan rombongan dari pihak lelaki.
Pengantin lelaki akan diarak dengan menggunakan kereta atau jong yang akan dimulai dengan membaca selawat sebanyak tiga kali dan diikuti dengan paluan hadrah. Setibanya di rumah pengantin perempuan, mereka akan disambut dengan acara pencak silat (silat kapak) sebagai pembuka pintu.
Pengantin lelaki akan dibawa masuk ke rumah dan didudukkan di samping pengantin perempuan yang sedia menanti di atas pelamin yang telah dihias indah. Semasa majlis persandingan, upacara berjembak dijalankan di mana pengantin lelaki akan menyentuh dahi pengantin perempuan dengan ibu jarinya dan jejambak (tuala kecil yang wangi dan dilipat berbentuk bunga). Ianya bersamaan dengan adat membatalkan air sembahyang. Doa selamat dan selawat dibacakan untuk kedua-dua mempelai. Tepung tawar dilakukan dengan diiringi oleh paluan hadrah. Pengantin kemudiannya melakukan upacara turun naik tangga sebanyak tujuh kali.


“Nasi Temuan’ merupakan singkatan kepada ‘Nasi Pertemuan’. Dengan menggunakan nasi putih, pengantin akan menyuap tiga kali ke mulut masing-masing. Selepas itu, pengantin akan berbalas suapan dengan pasangannya dan ia dikira mengikut siapa yang menyuap paling pantas.Ini bagi membiasakan pengantin dengan kehidupan berkeluarga dan sekaligus untuk menghilangkan rasa malu. Majlis makan nasi temuan ini dilakukan bersama ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai.

mari kita enjoy dgn pic persandingan aku...menikmati "NASIK TEMUAN".....

bersiap-sedia utk memulakan pertandingan menyuap nasik temuan di mulut masing-masing



Salah seorang sanak saudara akan menghakimi pertandingan ini utk melihat siapakah JUARA..

Sudah semestinya anak bumi kenyalang la yg menang..hahaha...Mr Hubs aku asl dr semenanjung Malaya..so berasa agak janggal dgn upacara sebegini...Tetapi mereka blh menerima adat resam dr bumi kenyalang dgn hati yg gumbira gituw...(ye kew??)

p/s : ada juga adat resam di Sarawak ini lama dah ditingglkan dan ada jugak still diikuti seperti "nasik temuan" ni..sampai skunk klu ada perkahwinan di Sarwak..akan makan "NASIK TEMUAN' sekian.


3 comments:

ShahNaz said...

menang la sgt yer...hehe

Noor Nazrah said...

mmg la menang...

ShahNaz said...

not fair...

beautiful journey of pregnancy

Lilypie Pregnancy tickers

perkahwinanku,,,,,

Daisypath Anniversary tickers