CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday 31 October 2011

bertudung vs Free hair...amboii..overr.

bertudung or free hair??memang satu tuntutan dalam agama Islam...wajib bertudung ni...memang betul aku tak bertudung, free hair, tidak menutup aurat..ya..aku akui semua tu.. Maafkan aku krn kekilafan ni..
Tp x seharusnya aku terus dihakimi kerana aku x berhijab kan??yes aku tahu smua itu dosa..cuma yang aku nak tegaskan ..tak semua yang tidak berhijab / bertudung itu jahat..Hanya Allah yg layak utk menghakimi atau mengadili setiap umat manusia didunia ni...

Kebanyakan wanita/remaja perempuan skunk bertudung mengikut fashion semasa..x kesahlah ternampak sedikit dada leher..bkn kah itu juga separuh dr aurat perempuan??..asalkan hmm.. its Fashion!!!


pic from Mr Google


xkesahlah..apa cara pemakaian seseorang tu yg aurat ttp aurat, yg berdosa ttp berdosa..Tp hanya Allah yg layak menghakimi setiap insan...

tp klu da bertudung tu..bertudung la btol2..xyahla dedah sana dedah sini....




i adore her...


ni x sah dok ckp la..

mmg dis girl cara pemakaian tudung dia mmg menjadi pujaan ku...(^_^)

tgk pic ni..comey je klu bertudung dgn cara yg betul kan..hehe...pic ke 2 - 3 tu x boleh blah...hahahaha

indeed of my heart:
InsyaAllah satu hari terbuka luas hatiku untuk berhijab..



p/s : sorry yg terasa hati... hanya sekadar luahan perasaan..
Ibu, kau permata hatiku
Kaulah yang selalu menemani diriku,
Tatkala gembira dan sedih mahupun suka duka,
Kaulah pengubat jiwa yang lara ini,
Ku selalu mendoakanmu ibu agar diberi rahmat Tuhan yang Esa.
Ibarat cahaya lilin yang terang,
Bagaikan bulan dan bintang menerangi malan yang indah,
Kau selalu memberi ketengang dalam diriku,
Marah engkau membuatkan aku sedar akan salah silapku,
Agar aku tidak ulangi buat kedua kalinya.
Di rumah kau memasak, membasuh, mengemas juga mencantikkan suasana,
Terima kasih ibu aku ucapkan,
Lalai dan lupaku kau selalu ingatkan,
Umpama guru mencurahkan ilmunya yang sentiasa mekar di hati ini,
Nasihatmu akan ku abadikan tak akan kulupa.
Berwawasan semangat yang kugambarkan dalam dirimu,
Membuatkan aku bangga miliki ibu sepertimu,
Bekerja dan mengajar anak bangsa didikanmu juga kau berikan padaku,
Aku bersyukur miliki ibu sepertimu,
Mengajar erti dewasa manusia dalam segala kekurangan.
Tidak mampu kubalas jasamu ibu,
Hanya Allah yang mampu membalas keringatmu  masa lalu, kini dan akan datang,
Kusimpulkan kata buatmu ibu "Aku sayang ibu",
"Terima Kasih Ibu".
Harapan diriku ingin gembirakan dirimu,
Berjaya dalam apa yang kumahukan dengan doa tulus darimu,
Ibu, kaulah jantung hatiku,
Merasa dunia milik Tuhan ini dengan pelbagai dugaan dan cabaran,
Kau ingatkan, ingatkan dan teruskan ingatkan,
Jasamu ibu akan kusemat dalam lubuk hatiku yang dalam,
Agar aku menjadi insan yang tabah sepertimu,
"Terima Kasih Ibu."


Kata-kata diatas diucapkan utk emak ku yg tersayang..aku amat merindui dirimu...belaian & kasih syg yg terpisah krn aku bekerja di perantauan...Emak, i love u so much....U the best MOM ever...

Fatimah Binti Haji Othman..

ni lah dia my idol...




p/s : Mr. Hubs nnt nak transfer blk sarawak nak dekat ngn mak & bapak...

Upacara Perkahwinan di Sarawak..

Majlis Perkahwinan/PersandinganPada waktu malam hari, iaitu sehari sebelum berlangsungnya majlis persandingan, upacara menepung tawar (berlulut) pengantin diadakan. Upacara berlulut ini juga adakalanya akan diikuti dengan upacara berpacar (berinai). Acara ini dimeriahkan lagi dengan acara pencak silat, gendang Melayu dan andai-andai atau tandak. Pengantin juga akan dimandikan oleh mak andam dalam acara mandi perantan yang diakhiri dengan berwudhu’.
Sebelum majlis persandingan diadakan, pengantin perempuan akan didandan dan dihias oleh mak andam yang dipilih untuk kelihatan cantik dan berseri. Pengantin dilarang melihat cermin semasa sedang diandam kerana dikhuatiri akan hilang seri pengantin. Antara pakaian persandingan pengantin perempuan yang biasanya dipakai adalah kebaya songket, gaun pengantin yang diperbuat daripada kain sutera bertekat benang emas dan Gajah Holen iaitu pakaian tradisional Melayu Sarawak. Pengantin lelaki pula biasanya akan mengenakan persalinan seperti seorang pahlawan atau pakaian haji (jubah putih atau hitam dan serban).
Sebelum rombongan lelaki berarak ke rumah pengantin perempuan, pihak pengantin perempuan akan menghantar tikar mengkuang (tikar ngambik pengantin) yang dibalut dengan tudung keringkam yang disulam dengan benang emas ke rumah pengantin lelaki. Penghantaran tikar mengkuang ini menandakan bahawa pihak perempuan sudah bersedia menerima kedatangan rombongan dari pihak lelaki.
Pengantin lelaki akan diarak dengan menggunakan kereta atau jong yang akan dimulai dengan membaca selawat sebanyak tiga kali dan diikuti dengan paluan hadrah. Setibanya di rumah pengantin perempuan, mereka akan disambut dengan acara pencak silat (silat kapak) sebagai pembuka pintu.
Pengantin lelaki akan dibawa masuk ke rumah dan didudukkan di samping pengantin perempuan yang sedia menanti di atas pelamin yang telah dihias indah. Semasa majlis persandingan, upacara berjembak dijalankan di mana pengantin lelaki akan menyentuh dahi pengantin perempuan dengan ibu jarinya dan jejambak (tuala kecil yang wangi dan dilipat berbentuk bunga). Ianya bersamaan dengan adat membatalkan air sembahyang. Doa selamat dan selawat dibacakan untuk kedua-dua mempelai. Tepung tawar dilakukan dengan diiringi oleh paluan hadrah. Pengantin kemudiannya melakukan upacara turun naik tangga sebanyak tujuh kali.


“Nasi Temuan’ merupakan singkatan kepada ‘Nasi Pertemuan’. Dengan menggunakan nasi putih, pengantin akan menyuap tiga kali ke mulut masing-masing. Selepas itu, pengantin akan berbalas suapan dengan pasangannya dan ia dikira mengikut siapa yang menyuap paling pantas.Ini bagi membiasakan pengantin dengan kehidupan berkeluarga dan sekaligus untuk menghilangkan rasa malu. Majlis makan nasi temuan ini dilakukan bersama ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai.

mari kita enjoy dgn pic persandingan aku...menikmati "NASIK TEMUAN".....

bersiap-sedia utk memulakan pertandingan menyuap nasik temuan di mulut masing-masing



Salah seorang sanak saudara akan menghakimi pertandingan ini utk melihat siapakah JUARA..

Sudah semestinya anak bumi kenyalang la yg menang..hahaha...Mr Hubs aku asl dr semenanjung Malaya..so berasa agak janggal dgn upacara sebegini...Tetapi mereka blh menerima adat resam dr bumi kenyalang dgn hati yg gumbira gituw...(ye kew??)

p/s : ada juga adat resam di Sarawak ini lama dah ditingglkan dan ada jugak still diikuti seperti "nasik temuan" ni..sampai skunk klu ada perkahwinan di Sarwak..akan makan "NASIK TEMUAN' sekian.


APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH


Mungkin ibu lebih kerap menelefon u...tk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..
 
i love this person more then every body around me....
 

22 weeks..of preggy...

baby 22 minggu
Berat bayi sekarang hampir satu paun / 430 gram, dan dia berukuran hampir 11 inci / lebih sedikit dari 27 sentimeter dari mercu kepala ke tumit, dan sudah terbentuk seperti bayi baru lahir, tetapi kurus, sebab lemak bayinya belum datang lagi. Walaupun beratnya semakin meningkat setiap hari, kulitnya masih kelihatan berkedut-kedut dan dia masih perlu menambahkan berat badannya. Bibir sudah jelas kelihatan dan mata telah terbentuk, walaupun iris (bahagian mata yang berwarna) masih kurang gelap. Pankreas, yang sangat perlu bagi pengeluaran hormon, sedang berkembang dengan baik.

Pada peringkat yang seawal inipun, tanda-tanda pertama gigi telah tumbuh dalam bentuk kudup-kudup di belakang garisan gusi. Tak lama nanti, bayi anda akan lahir, dan tak lama selepas itu, gigi pertama akan muncul.

Anda mungkin telah bertambah berat badan antara 12 hingga 15 paun / 5.4 dan 6.8 kilogram. Bermula dari sekarang, anda akan menambahkan berat badan secara konsisten, dengan purata lebih kurang setengah paun / 225 gram setiap minggu. Anda mungkin mengidamkan makanan tertentu dan anda mungkin menyedari yang lelehan vagina anda berlebihan (tapi tidak berdarah). Kedua ini adalah perkara normal dalam kehamilan.

Petua dapat anak comel?

Sering kali kita perhatikan dalam masyarakat kita ada anak-anak yang dilahirkan oleh ibu bapa yang biasa-biasa tetapi mendapat anak yang sangat comel, berkulit cerah dan cerdas serta aktif atau sekurang-kurangnya mempunyai pembawakan disukai orang. Adapula yang ibu bapa yang sangat cantik dan kacak tetapi memperolehi anak-anak yang kurang dari segala segi. Sedih bukan? Ia saya akui ini adalah ketentuan Allah SubhanahuWataala dalam menentukan segala-galanya. Tapi jangan dilupa Alquran dibekalkan kepada kita sebagai penunjuk jalan dan sebagai rujukan usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk memperolehi anak seperti yang diidam-idamkan
Dengan itu timbullah banyak amalan2, zikir2 serta surah2 yang bagus untuk diamalkan semasa mengandung, antaranya:
  • Surah Yusuf - untuk anak yang cantik rupa dan akhlak
  • Surah Luqman – untuk anak yang cerdik
  • Surah Yaasin – untuk anak yang teguh hati dan tidak terpengaruh dengan maksiat
  • Surah Maryam – untuk memudahkan bersalin
  • Surah al-Hujurat – untuk membanyakkan susu ibu
  • dan bermacam-macam doa yang boleh diperolehi dalam buku2 doa.

and then tgkla gambar baby-baby yg comel-comel gituww...pic baby-baby nilah yg selalu didalam PC aku...enjoys.....


miasara time kecik..suka..sgt

mata yg cantik


mata bulat..wish hav baby like this...


pic baby yg menjadi wallpaper di PC ku..


alolo...menangis pun cute kan..


ni gambar anak rita..ambik dr Mr.google.. hehehe...cute..


baby girl wearing polka dot...


mata sepet..just like me..hehhe


baca doa..




miasara lg


miasara lg dan lg


ni baby tercomel


Mr. Hubs ckp nak gigit..


senyum x perlu kata apa2...


baby angkasawan negara


baby buah..hehehe


so kenala selalu tgk gambar2 baby yg comel time preggy ni..supaya terkenan..hehehe...tp mulut tu jgn cabul jugak...biar diam dr byk bercakap...silent it better..rite? tp apa2 pon kenalah selalu berdoa kepada Allah semoga dipermudahkan segalanya..Apa2 pun hanya dari ketentuan-Nya..kita manusia hanya berusaha dlm mengecapi kebaikan dr - Nya...

ni doa yg selalu aku amalkan:

Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam...Amin


p/s : yg penting jgn nak mencarut..byk-bykkan bezikir....




Sunday 30 October 2011

sebelum & selepas....

its all about diet or kurang kan berat badan...

berat asal aku 72kg...berat kan...mcm2 da aku try..jamu, jusmate5 and last try its Herbalife..Herbalife ni kwn 1 ofis aku yg bagitaw aku, dia yg ku kenal mmg gemok..tp skunk fewwwiiit..mmg slim,cantik...tp apa2 pon..pokok pangkalnya adalah keyakinan diri kita sendiri..klu kita wat endah x endah je dgn pemakanan kita..mmg gemokla..hahaha..So..kita kena ambil berat ttg kuantiti makanan yg diambil..jgnlah terlalu byk..tp jgn plak terlalu sedikit..yg sedang2 saja...(lagu iwan dangdut)...so enjoy la dgn gambar aku past ni...(^_^)

aku je yg x memakai tudung itu hahaha...72kg seblom memikirkan DIET itu penting dlm kehidupan wanita...


makan adalah kehidupan ku..aku suka makan...72kg..

72kg..lengan yg sama ngn paha ayam KFC..


dan...setelah mengamalkan herbalife F1 and Tea mix..dan kekurangan untuk makan...berat badanku menurun 12 kg...enjoy la gambar yg 60kg plak...hehehe


tu aku yg buat gaya cam dangdut..


62kg


60kg boleh la posing dr side heheh


so u all compare lah...sesapa nak try herbalife past ni blh la try..sbb aku mmg ckp barang ni bgs punya...ni sedikit sebanyak informasi ttg herbalife...yg aku amalkan F1,F3 and tea mix

Memperibadikan Pengurusan Berat Badan1. Formula 1 Nutritious Mixed soy Powder Drink
~ untuk menyediakan badan anda dengan nutrien yang diperlukan untuk kesihatan optimum dan pengurusan berat badan.
~ menolong anda berasa kenyang, puas dan bertenaga.
~ kaya dengan serabut diet.

2. Formula 3 Blended Soy and Whey Protein Powder
~ membantu mengekalkan pengambilan protein yang cukup dan mengikut apa yang disyorkan.
~ disertakan protein soya yang mengandungi isoflavona, penting untuk nutrisi sihat.
~ mengandungi Protein dadih susu, satu sumber sistina dan metionina, penting untuk menyokong otot.

 ni F1..shake 3 kali sehari 3 scoop....sedap..& memuaskan



ni plak F3


       last skali tea mix..yg plg bekesan..i like it very much...


huhu....muka montel..


sorry xpandai nak edit..apa2 pon lynkan jew yerrr..


so....dats all for this entry..apa2 pon kita kena kurangkan pemakan kita..jgn ambik yg mcm cikedis...tp i like M&M..klu mmkn M&M..diet buang jauh2..hehehehe..



Skunk naik lagi sbb aku preggy..61kg...for my baby i dont care to eat anythings i want..hahaha...tp still berpada2...aku x kesah pon gemok blk or wat ever aslkan my baby sihat walafiat....Amin..

p/s : nnt dlm pantang beli la herbalife!! hehehe

21 weeks preggy...trimester ke 2....semakin betambah tembam..


Berat bayi sekarang sekitar tiga-suku paun / 360 gram. Selama ini dia diukur dari mercu kepala hingga ke punggung tetapi mula dari masa ini dia akan diukur dari mercu kepala ke tumit. Dan dari mercu kepala ke tumit panjangnya ialah 10.5 inci / 27 sentimeter. Bulu kening dan kelopak mata telah tumbuh sepenuhnya dan kuku jari tangan sudah menutupi hujung jari.
Bayi anda sekarang boleh mendengar perbualan-perbualan anda. Jika anda bercakap, membaca atau menyanyi kepada bayi anda, dia pasti boleh mendengarnya. Beberapa kajian mendapati bahawa bayi baru lahir akan menghisap dengan lebih kuat apabila anda membacakan buku yang dia pernah dengar semasa dalam kandungan. Jika anda mahu mencuba, ambillah buku dan bacalah dengan kuat. Cuma pastikan yang anda tidak akan keberatan membacanya berulang-kali apabila bayi telah lahir. Ia mungkin akan menjadi cerita sebelum tidur yang paling disukai bayi anda untuk masa yang lama selepas dia dilahirkan.
Hari-hari kebelakangan ini, anda mungkin merasa lebih selesa. Ini sebenarnya, mungkin masa yang paling menyeronokkan dalam tempoh kehamilan anda. Anda belum begitu besar lagi, dan sakit-sakit yang dikaitkan dengan kehamilan seperti mual, kencing kerap dan keletihan sudah hampir hilang sama sekali. Relakslah dan nikmatinya selagi anda boleh. Trimester ketiga akan tiba tak lama lagi dan ia akan membawa sedikit ketidakselesaan kerana anda mengandung bayi yang sudah hampir cukup bulan.

nilah dia rupa nya 21 weeks....hehehe (^_^)


ni dr side tepi plak...

agak2 la korang....  my baby boy or girl?? sbb nya dah 2X scan my baby menyembunyikan gender dia..pandainya anak mummy ni kan...semalam scan dgn Mr. Hubs my baby menongeng at my tummy yg muncit ni..yg nampak hanyalah tulang belakang my baby je...aduyai...Doc kata ssh nak tgk gender klu baby dalam position meniarap...hahaha...baby mummy yg bijak!!!
p/s: sorry kualiti camera x berapa nak bagus tggu Mr Hubs beli canon or DSLR..hehehe

10 Words That Best Describe Me

10 Words that describe me the most:
Good: I’m a pretty good person. Nice, honest, loyal, thoughtful, kind and love to help people/animals... :P

Competitive: I’m a highly competitive person. I’m extremely driven by competition, and will put all my energy into winning. Second place just isn’t made for me.

Lazy: I love being lazy, just hanging around doing nothing, watching movies, reading, listening to music, or whatever.

Shy: I’m actually a very shy person. When I was a kid, I used to blush when talking to boys, although I got over that later. Anyway up to now, I’m pretty quiet and shy around people I’ve just met.

Funny: After I get to know people better and am more relaxed around them, I open up and am quite a funny and fun person.
I’m pretty dirty minded and sarcastic in my humour ;)

Understanding: I’m a very understanding person. I always put myself in the other person’s shoes and try to understand what they’re feeling, what they’re thinking and where they come from. I try to never be judgemental and to always give people the benefit of the doubt.

Open Minded: I’m always open to listen to new ideas and views and try to understand them even if they are the opposite to mine.
It doesn’t mean I’ll be convinced but I am willing to fully listen and learn of other points of view.

Crazy: I’m somehow a bit crazy in a fun sense. People usually think I’m a very serious person, but that’s only because they don’t see the other crazy side of me. My hubby, family and close friends are the only people who truly see the extent of where my madness goes. Poor them :P

Friend: I’m a very good friend. I’m always there for my friends, ready to listen, give advice and help. Plus I’m the best secret-keeper in the world.

Feelingless/Coldblooded: Ok, this is something that has been thrown at me a lot in my life in one form or another, although I don’t agree. Some people think I’m feelingless, some others think I’m cold in my reactions, some think I’m simply coldblooded. In reality, I’m not, I’m just someone who is good at hiding her feelings and who knows how to control her temper.

beautiful journey of pregnancy

Lilypie Pregnancy tickers

perkahwinanku,,,,,

Daisypath Anniversary tickers